Apple sudah memperkenalkan polisi privasi baharu dengan menghalang sebarang penjejakan iklan terhadap pengguna perantinya sejak April yang lalu. Polisi ini telah menyebabkan syarikat-syarikat gergasi di luar sana tidak boleh membuat sasaran iklan kepada pengguna seperti sebelum ini lagi.

Berdasarkan hasil penyelidikan Financial Times, syarikat-syarikat media sosial seperti Snapchat, Twitter, YouTube dan Facebook mengalami kerugian sebanyak USD9.85 billion (~RM40 billion) disebabkan oleh polisi privasi baharu Apple. Facebook yang merupakan sebuah platform media sosial terbesar di dunia sekaligus telah terjejas dengan teruk berbanding yang lain.

Sumber Gambar: Apple

Syarikat Snapchat pula dilihat menerima impak yang ketara kerana hanya bergantung kepada platform telefon pintar semata-mata setakat ini. Dalam kes ini, syarikat-syarikat terbabit terpaksa mencari idea baharu dalam menyiarkan iklan tersebut atau menfokuskan pada platform Android sahaja.

Walaupun perkara ini dilihat hanya berlaku buat pengguna iOS sahaja, Google dan beberapa syarikat yang menggunakan sistem Android juga nampaknya mahu mengikut jejak langkah Apple dalam memastikan privasi pengguna lebih terjamin. Pasti majoriti pengguna sangat bersetuju dengan langkah yang diambil oleh pihak Apple ini.

Facebook yang kini dikenali sebagai Meta bakal menfokuskan pada duniameta dalam menjadikan interaksi manusia lebih mudah masa kelak.

Facebook Dijenamakan Sebagai Meta, Sedia Bawa Hala Tuju Memfokuskan ‘Metaverse’

Meta Bakal Membawakan Permainan GTA: San Andreas Versi Dunia Realiti Maya